MASIH mencari-cari hotel bersesuaian sebagai lokasi percutian anda? Apa kata anda cuba menetap di hotel bertaraf lima bintang ini.
Terletak berhampiran pintu masuk ke bandar Melaka dari plaza tol Ayer Keroh, AMES Hotel Ayer Keroh pastinya menjanjikan layanan terbaik untuk anda.
Menjanjikan pengalaman seperti berada di rumah sendiri, hotel ini menawarkan keselesaan bermula dari lobi sehingga kepada bilik-biliknya yang mewah dan mengagumkan.
Berkongsi mengenai bilik-bilik terdapat di hotel ini, selain elegen, ianya dengan reka bentuk canggih dan tempat tidur King dan Queen dengan linen mewah menjanjikan keselesaan dan ketenangan sepanjang menginap di sini.
Kemudahan internet tanpa wayar berkelajuan tinggi percuma dan pembancuh kopi turut disediakan.
Terdapat juga bar mini disediakan dengan harga berpatutan selain kemudahan lain iaitu jubah mandi, peti keselamatan dan seterika.
Apa yang menariknya, bilik mandi dibina dengan citarasa mewah dan dilengkapi pancuran atau tab mandi kaca besar.
Selain kemudahan disediakan, tetamu pasti akan kagum dengan keunikkan berada di sini kerana dikelilingi pemandangan dan suasana tempat-tempat warisan UNESCO yang hanya terletak beberapa minit dari AMES Hotel Ayer Keroh.
Tidak hanya mementingkan bilik yang selesa buat tetamunya, tetapi, hotel ini turut menyajikan sebuah restoran serta bar yang cukup hebat buat anda.
Diberikan gelaran The Moon Bar, iainya terletak di atas bumbung hotel ini yang pastinye memberikan anda pengalaman hebat bersantai, berhibur di samping menjamu selerasa sambil menyaksikan pemandangan bulan dan bintang.
The Moon Bar dibuka dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam bagi tetamu yang ingin berlibur, mengadakan majlis hari jadi atau sebarang aktiviti sosial bersama teman-teman.
Bagi tetamu yang lebih mementingkan gaya elegen namun dapat menikmati pelbagai juadah istimewa, restoran The Munch ini pastinya menepati citarasa pengunjung.
Menyajikan pilihan hidangan dan minuman tempatan dan antarabangsa terbaik yang pasti menggoda selera anda.
Reka bentuk inovatif restoran ini memuatkan 300 tetamu, bagaimanapun, dengan pelaksanaan norma industri baru dan mematuhi garis panduan jarak sosial, restoran ini masih menampung 150 tetamu dalam satu-satu masa.
Beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari, restoran ini menawarkan sarapan, makan tengah hari, makan malam dan makanan ringan disajikan dalam gaya bufet atau a la carte.
Kanak-kanak di bawah usia enam (6) tahun boleh makan secara percuma dengan orang dewasa yang membayar.
The Munch pilihan terbaik bagi menikmati rehat kopi, teh, santapan cepat atau menikmati makanan yang santai pada bila-bila masa.
Bagi tetamu yang menginginkan penginapan lebih luas bersama keluarga ramai, anda boleh memilih konsep pangsapuri disediakan di Hotel Metrasquare.
Terdapat dua jenis unit iaitu duplex dan triplex yang turut menjanjikan lokasi terbaik dan hebat.
Menampilkan konsep terbuka, unit ini juga menyediakan dapur serta kemudahan asas yang lain.
Pastinya Hotel Metrasquare juga memberikan pengalaman menarik bagi ketenangan anda sepanjang menginap di sini.
Caption:
1: Moon Bar tawar pengalaman hebat bersantai dan berhibur.
2: The Munch hidang pelbagai juadah yang menepati citarasa pengunjung.
3: Tempat tidur King dan Queen dengan linen mewah menjanjikan keselesaan dan ketenangan sepanjang menginap di sini.
4: Konsep pangsapuri turut disediakan di Hotel Metrasquare.