Jika mendengar nama Tanjung Bidara, pastinya apa yang bermain di fikiran kita adalah keindahan pantainya yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pelancong luar.
Disebalik keistimewaan pantai ini, Tanjung Bidara juga sebenarnya sangat terkenal dengan jolokan perkampungan nelayan.
Ini kerana rata-rata penduduk di sini bergelar nelayan dan ia salah satu sumber utama pendapatan mereka.
Bahkan pantai terdapat sepanjang kampung ini merupakan satu anugerah hebat bagi mereka menjadikan hasil laut sebagai sumber rezeki.
Sedikit mengenai Tanjung Bidara ia terkenal kerana pantainya yang hebat dan mudah diakses sama ada dari mana-mana pintu masuk negeri ini iaitu Ayer Keroh dan Alor Gajah.
Pantai popular ini terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan jaraknya dari bandar Masjid Tanah hanyalah 10 kilometer.
Di dun Tanjung Bidara ini pantai-pantai lain yang sering menjadi perhatian pengunjung adalah Pantai Pengkalan Balak.
Terdapat 11 kampung di dalam dun ini iaitu:
• Kampung Londang• Kampung air hitam darat• Kampung pengkalan balak• Kampung ayer hitam pantai• Kampung pasir gembur • Kampung padang kemunting• Kampung ujong padang • Kampung lubok redan• Kampung pulau • Kampung sri jeram
