LOKASI ISTIMEWA DI KAKI GUNUNG LEDANG

AWTP, LOKASI ISTIMEWA DI KAKI GUNUNG LEDANG

Pasti ramai yang tidak menyangka di dun Asahan ini terdapat sebuah taman tema air.

Walaupun berada jauh dari bandar dan kawasan tumpuan, namun kewujudan taman tema air ini sangat dinanti-nantikan penduduk setempat.

Bagi mereka, untuk apa keluar bandar semata-mata hendak mandi kolam sedangkan di tempat sendiri sudah ada.

Meskipun ia tidak sehebat taman tema air terdapat di seluruh negara, namun ia cukup membanggakan bagi penduduk di sini.

Malah, setiap hari ada sahaja pengunjung yang mengambil peluang mandi-manda di sini bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Selain itu, taman tema diberi nama Asahan Water Theme Park (AWTP) ini turut menjadi pilihan pencinta alam dari seluruh Malaysia.

Lokasi strategik terletak di kaki Gunung Ledang itu menjadikan ia lebih istimewa.

Dalam pada itu, kawasan sekitar taman tema ini juga kaya dengan flora dan fauna.

Pihak AWTP mengambil inisiatif menanam pelbagai tumbuhan sebagai tarikan baharu kepada pengunjung.

Antara tanaman tersebut adalah pokok-pokok kelapa pandan, pokok pisang helang dan pokok nangka juga.

Konsep ini difahamkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat alam yang mencintai keindahan flora dan fauna selain jauh dari kesibukan bandaraya.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *