TREK MENDAKI DI ASAHAN
Asahan Water Theme Park (AWTP) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan trek mendaki sejak 2017 lalu kepada orang ramai di kawasan berkenaan.
Pendekatan mewujudkan trek mendaki tersebut dilakukan kerana lokasinya yang strategik berhampiran Gunung Ledang.
Trek mendaki tersebut didapati sesuai diwujudkan di kawasan berkenaan kerana ramai pencinta aktiviti mendaki tertarik dengan keindahan kawasan itu.
Bagi pihak pengurusan, AWTP bukan mudah untuk merealisasikan impian mereka untuk membuka trek mendaki ini.
Pihaknya perlu perbanyakkan aktiviti naik gunung, mengenal herba dan binatang yang terdapat di Gunung Ledang sebelum ia dibuka kepada orang ramai.
Mereka juga harus mengenalpasti jurupandu berpengalaman dan berkelayakan sebagai orang bertanggungjawab terhadap aktiviti ini.
Menurut pihak AWTP, selepas beberapa bulan proses kenalpasti dan latihan dijalankan, barulah AWTP memperkenalkan program hiking itu.
Sebelum trek ini dibuka kepada umum, mereka juga menjalankan percubaan mendaki menerusi trek disediakan beberapa kali bagi memastikan ia selamat.
7 CHECKPOINT MENCABAR
Berkongsi mengenai trek tersebut, perjalanan bermula dari Lubok Kedondong ke puncak Ledang mengambil jarak sejauh 8.51 kilometer.
Pendakian ini biasanya mengambil masa enam jam ke puncak jika tiada halangan lain yang di luar dugaan terjadi.
Setiap pendaki akan melalui tujuh titik semak (checkpoint) sebelum sampai ke destinasi.
Checkpoint pertama adalah Enggang Berangan, kedua Hentian Hanuman, ketiga Hentian Unggas, keempat Lembah Beruang, kelima Batu Berlumut, keenam Padang Batu dan terakhir Puncak Rundok.
Sama seperti gunung-gunung lain di Malaysia, Gunung Ledang juga mempunyai keistimewaan tersendiri.
Malah mendaki melalui Sagil mempamerkan keistewemaan berbeza berbanding pendakian melalui Asahan.
Keistimewaan sejarah dan mitos Gunung Ledang yang berbeza dengan gunung lain juga membuatkan gunung terkenal dengan Puteri Gunung Ledang serta Hang Tuah ini menjadi perhatian pendaki-pendaki.
Terdapat pemandangan sangat menarik di trek terletak pada trail yang berbatu dan bertali bermula di checkpoint lima (Batu Berlumut).
Berkongsi mengenai cabaran sepanjang trek ini, pada pandangan pendaki cabaran mendaki Gunung Ledang adalah mereka terpaksa menggunakan tali kerana kecerunan batu Padang Batu.
Keadaan ini lebih mencabar ketika pendakian di jalankan semasa hujan lebat atau selepas hujan kerana jalan licin.
Faktor cuaca juga salah satu aspek mustahak di analisa ketika hendak melakukan pendakian.
KOMERSIALKAN ASAHAN
Trek mendaki yang semakin popular ini juga antara platform terbaik untuk memperkenalkan sekaligus mengkomerisialkan dun ini.
Ini terbukti apabila semkin ramai datang ke situ dari pelbagai negeri dan mereka turut meluangkan masa berkumpul di Laman Tiga Budaya Asahan sebelum memulakan pendakian.
Dalam pada itu pelbagai kemudahan disediakan pihak AWTP kepada pendaki yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Kemudahan disediakan seperti kawasan letak kereta, bilik air, surau, cafe, ruang taklimat dan kadang kadang kiosk jualan keperluan mendaki.
Selain itu perkhidmatan lain turut disediakan seperti pembekalan flysheet, walkie talkie, ground sheet, card stove, windproof stove, messtin dan khemah, perubatan dan lain-lain.
ends…