Ayer Keroh merupakan satu kawasan di mana terletaknya pusat pentadbiran baharu kerajaan Negeri Melaka di dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga merupakan kawasan perindustrian paling pesat di Negeri Melaka.
Ayer Keroh yang berpintu masuk melalui lebuhraya Utara – Selatan (plus) melalui Tol Ayer Keroh sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan.
Hang Tuah Jaya merupakan kawasan pentadbiran kerajaan negeri yang terletak ddalam DUN Ayer Keroh juga terletakkanya Wisma Persekutuan yang menempatkan pelbagai jabatn dan agensi kerajaan negeri.
Selain itu, daalam kawasan ini juga beberapa kemudahan penginapan dibina antaranya Hotel Seri Malaysia, Philea Resort & Spa,
Hotel Amverton, Hotel Mudzaffar, Hotel MITC, Hotel Ames, Hotel Kings serta sebuah hospital pakar iaiatu Hospital Pantai.
KAMPUNG BARU AYER KEROH
Terma Kampung Baru merujuk kepada kampung-kampung yang diwujudkan semasa darurat di mana ia merupakan satu strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi mengatasi ancaman pengganas komunis pada ketika itu.
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 382 buah Kampung Baru di seluruh negara telah diwujudkan manakala 48 buah kampung yang sedia ada telah diserap masuk ke dalam rancangan tersebut.
Jumlah Kampung Baru ini telah berubah mengikut peredaran masa dan pada tahun 2015, senarai Kampung Baru telah dibuat pengemaskinian dan hasil semakan dan penyelarasan semula mendapati jumlah kampung adalah sebanyak 613 buah di mana 436 buah adalah Kampung Baru, 134 buah adalah Kampung Baru Rangkaian dan 43 buah adalah Kampung Bagan.
Kampung Baru Ayer Keroh antara penempatan majoriti masyarakat Cina namun mereka tetap berjiran dengan masyarakat Melayu yang turut tinggal di kawasan tersebut menjadikan komunitinya unik dan menarik.
Memandangkan masyarakat Cina di Melaka juga ramai berbangsa Baba Nyonya, jadi penduduk tionghua di kampung ini menjalani kehidupan yang mirip sepetti masyarakat Melayu menerusi komunikasi dan makanan.
TARIKAN DI AYER KEROH
Di Ayer Keroh jugalah terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu Kompleks Seri Negeri selain bangunan-bangunan pentadbiran yang menghimpun pelbagai agensi kerajaan di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
TAMAN MINI ASEAN & MALAYSIA
Taman Mini Malaysia dan ASEAN merupakan sebuah taman tema yang mempamerkan rumah-rumah tradisional dari setiap negeri di Malaysia dan juga dari setiap negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
ZOO MELAKA
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah yang menempatkan lebih 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo yang dinobatkan anatara zoo terbaik di negara ini dibangunkan di atas tapak 22 hektar pada tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.
Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.
TAMAN BOTANIKAL
Taman Botanikal Melaka, dibuka pada tahun 1984 dahulunya dikenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh terletak di Lebuh Ayer Keroh menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan terletak di kawasan pelancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan lain-lain.
Kawasan seluas 359 hektar, dan 10 hektar lagi diperuntukkan sebagai tapak perkhemahan dan hutan rekreasi membuatkan aktiviti yang dijalankan di sini amat menyeronokkan.
MELAKA WONDERLAND
Melaka Wonderland Theme Poark & Resort merupakan taman tema yang terletak di kawasan Ayer Keroh menyediakan pelbagai permaianan air yang menarik dan mengujakan.
Destinasi pelancongan ini dibina dalam kawasan hutan tekreasi semulajadi seluas 360 hektar menawarkan aktiviti tornado chaser, kamikaze race, wave pool, adventure island, aqua bubbles, crazy slide, anancoda twister, rexy ride dan banayak lagi dengan harga yang berpatutan.