POTENSI PELANCONGAN KUALA LINGGI
Kuala Linggi… namanya mungkin tidak komersial seperti kawasan pelancongan lain khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, bagi penduduk setempat mereka sangat bertuah kerana kampung ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri.
Selain berpontensi sebagai port pelancongan baharu, ia juga telah menjadi salah satu destinasi pilihan pelancongan dalam dan luar negeri ini untuk beriadah bersama keluarga, kawan-kawan mahupun sesiapa sahaja.
Melaka First menyelami keindahan Kuala Linggi untuk dikongsikan bersama anda sebagai panduan destinasi pelancongan terkini.
Disebalik kampung ini terdapat pantai yang menjadi perhatian umum tetapi, apa yang ingin difokuskan adalah penginapan seperti homestay serta kampungstay yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di kampung ini.
1. D KOLAM PARADISE CHALET N HOMESTAY
• Merupakan chalet/homestay terapung atas air ala kampung.
• Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini seperti memancing, berakit, bbq, sukaneka dan karaoke.
• Terdapat juga kolam mandi yang sesuai untuk dewasa serta kanak-kanak.
2. UMANG UMAH CHALET
• Chalet terletak di tepi pantai ini pastinya menjadi pilihan pengunjung yang menyukai suasana segar khususnya pada aktu pagi dan malam.
• Aktiviti riadah bersama keluarga sangat sesuai dijalankan di sini sama ada sukaneka, bbq, membina istana pasir dan lain-lain lagi.
• Mandi laut dan bersantai adalah fokus utama, selain mandi kolam yang dibina berhampiran laut.
3. KEMBANG SEJATI CHALET
• Terletak hanya beberapa meter dari pantai, chalet ini juga tidak kurang menariknya bagi penggemar kampungstay berkonsepkan kampung atau desa.
• Ini kerana dekorasi bilik yang disediakan masih mengekalkan ciri-ciri rumah kampung suatu ketika dahulu.
• Paling menarik adalah pantai dan laut yang terletak di hadapan chalet, hanya perlu buka pintu dan berlari ke sana.
4. KM CHALET
• Ingin menganjurkan hari keluarkan dan memerlukan ruang yang luas. Chalet ini pastinya sesuai untuk anda.
• Mempunyai kawasan persekitaran besar dan tenang, pelbagai aktiviti berkumpulan boleh dilakukan di sini.
• Chalet ini juga terletak bersebelahan pantai dan laut yang mana sangat memudahkan pengunjung untuk mandi bila-bila sahaja.
5. JULIA HOMESTAY
• Walaupun tidak terletak betul-betul di tepi laut, tetapi chalet ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja masa berjalan kaki untuk sampai ke pantai.
• Terdapat 4 unit homestay di sini yang mengambil konsep rumah kampung tradisional.
• Bagi anda yang sudah biasa tinggal di bandar, homestay ini pastinya memberikan pengalaman berbeza.
• Homestay ini turut memuatkan kolam renang yang luas dan selesa bagi pengunjungnya.