BERASAL DARIPADA PENYENGAT KUNING DAN TABOH

Dun Taboh Naning juga mempunyai sejarah tersendiri mengenai asal-usul dan namanya.

Malah, Taboh Naning yang terletak dalam parlimen Masjid Tanah ini memilikki keistimewaan apabila lokasinya tercatat dalam buku sejarah.

Menurut sumber lisan atau cerita penduduk setempat, nama daerah Naning terwujud sempena penyengat kuning dan taboh (beduk) yang merupakan sejenis alat dipalu penduduk kampung apabila masuk waktu solat atau berlakunya kematian.

Dikatakan, sebelum tiba di sebuah tempat dinamakan Bukit Penyalang, rombongan Pepatih Nan Sebatang yang merupakan pengasas Adat Pepatih menemui tiga pulau dan di pulau itu terdapat sarang penyengat kuning yang sangat berbisa dan dikenali sebagai naning.

Selain itu, ditemui juga taboh yang akan berbunyi sendiri jika terdapat peristiwa ganjil atau kejadian tidak diingini berlaku pada setiap petang Jumaat.

DIBUKAN ORANG MINANGKABAU

Cerita orang kampung juga memaklumkan daerah Naning telah dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke-15.

Meraka sangat kuat mengamalkan Adat Pepatih dipercayai  diperintah penghulu awal yang bergelar Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah daripada keluarga kerabat Naning.

Kehidupan masyarakat Melayu ketika itu lebih kepada mengusahakan pertanian termasuk sawah padi.

Sejarah Dol Said juga ada menceritakan beliau menentang British yang mengenakan satu persepuluh hasil negeri itu termasuk pertanian kepada British.

Naning mempunyai 25 mukim dan berkeluasan 200 batu dibuka orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu sehingga wujud kisah Naning dan taboh yang kemudian digabungkan menjadi satu nama iaitu Taboh Naning.

Kedudukan geografi wilayah Naning terletak di kawasan utara Melaka dan bersebelahan Rembau, Negeri Sembilan menguatkan lagi asas pembentukan Adat Pepatih seperti mana terkandung dalam perjanjian Dato’ Nan Duo Selo iaitu sebuah perjanjian pentadbiran wilayah di antara Maharaja Basa atau dikenali Datuk Ketemenggungan dengan Adat Pepatih Naning Sebatang.

DIKAITKAN DENGAN DOL SAID

Taboh Naning juga dikaitkan dengan kisah sejarah mengenai keberanian pahlawan Melayu, Dol Said atau nama sebenar Abdul Said.

Keberanian Dol Said dalam sejarah Melaka memang tidak asing buat penggemar sejarah megenai kehandalannya menentang penjajah British sehingga menerima gelaran Penghulu Dol Said.

Dol Said daripada suku kaum Semelenggang dilantik menjadi penghulu selepas pemergian Penghulu Anjak pada tahun 1799 dan menjadi penghulu kesembilan Naning ketika berusia 26 tahun.

Sehingga kini masih terdapat makam Dol Said yang terletak di belakang Masjid Taboh Naning yang juga dipanggil Masjid Taboh Naning sebagai peninggalan dan bukti sejarah.

Terdapat juga sebuah perigi dinamakan perigi gaung yang tidak pernah kering airnya dalam kawasan masjid itu turut menjadi tempat bersiram Datuk Naning selepas upacara pelantikan ataupun berkojan.

Namun begitu, dikatakan masalah persengketaan perebutan jawatan Datuk Naning sehingga sekarang belum menemui sebarang titik noktah.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *