MEGALITH DI CHERANA PUTIH

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kampung Cherana Putih juga mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Meskipun ramai yang kurang mengenali kewujudan kampung ini namun ia terus menjadi perhatian apabila dilaporkan Megalith Stonegenge ditemui di sini.

Menurut sumber, Megalith Datuk Tua yang terletak di sini sama sahaja jenisnya dengan Megalith Stonehenge yang terdapat di England.

Megalith Datuk Tua dan Stonehenge di England tergolong dalam kategori yang sama iaitu Megalith Menhir (Batu Tegak).

Dikatakan, perkataan Megalith berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘Mega’ dan ‘Lithos’ yang mana Mega bermaksud besar manakala Lithos bermaksud batu.

Sementara bagi penduduk setempat ia leboh popular dengan panggilan Batu Hidup.

Sumber juga bercerita, amalan megalith atau penanaman batu secara berpasangan dipercayai dibawa masyarakat Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu melalui tiga muara sungai sebelum membina penempatan.

Sebahagian masyarakat Minangkabau melalui Sungai Linggi membina penempatan di hulu sungai di sekitar Rembau.

Mereka yang datang mengikut Sungai Melaka membina penempatan di Alor Gajah, manakala yang datang melalui Sungai Muar membina komuniti mereka di Ulu Bendul dan Kuala Pilah.

Di kawasan itulah mereka membina megalith yang mana penduduk tempatan menganggap megalith sebagai kubur nenek moyang dan dipercayai semakin meninggi dan membesar dari semasa ke semasa.

Setiap tapak megalith ini juga mempunyai nama tertentu seperti Datuk Tua, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Serban Kuning, Datuk Mata dan Fatimah Bunga Tanjung.

Dipercayai, ada yang menganggapnya sebagai keramat pada waktu tertentu menerusi upacara tertentu seperti membakar kemenyan dan membaca jampi serapah di pangkal batu besar.

Tetapi, masyarakat dahulu tidak boleh melakukan sesuatu melanggar pantang larang ke atas batu berkenaan dan mereka percaya akan ditimpa musibah jika melanggarnya.

Lebih meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap sifat luar biasa batu terbabit apabila megalith itu semakin meninggi dan membesar.

Beberapa perbuatan khurafat pernah dilakukan termasuk membayar nazar, meminta keselamatan dalam perjalanan atau untuk membuka tanah.

Bagaimana ia seakan dilupakan dan terus ditinggalkan apabila masyarakat tempatan semakin memahami ajaran Islam.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *