PARIT SIDANG SEMAN, PERKAMPUNGAN WARISAN

Kampung Parit Sidang Seman antara sebuah kampung yang diiktiraf sebagai Kampung Warisan.

Ianya adalah hasil dari penyelidikan sejarah Generasi Warisan Sejarah bersama Persatuan Pakatan Penduduk Kampung Parit Sidang Seman sebelum wujudnya Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka

Rata-rata penduduk Kampung Parit Sidang Seman sentiasa berbangga dengan sejarah dan warisan kampung mereka.

Sehingga kini segala program dan aktiviti giat diadakan untuk menyatupadukan masyarakat di kampung ini khususnya melibatkan anak-anak muda.

Setiap program telah mendapat pengiktirafan dari berbagai pihak seperti Badan warisan, Pusat Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri  Melaka.

NILAI SEJARAH KAPUNG BUKIT GADONG

Bukit Gadong terletak  di daerah Sungai Rambai dan sangat terkenali dengan nilai sejarahnya yang tersendiri.

Bukit Gadong adalah sebuah bukit yang amat tinggi serta boleh dilihat dari laut dan menjadi panduan pedagang-pedagang yang datang dari arah selatan untuk menuju ke perlabuhan Melaka.

Ia juga merupakan tempat Hang Tuah dan lima orang sahabatnya melawan lanun-lanun yang telah membakar sebuah kapal dagang dari negeri China di era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Malah, di Bukit Gadong inilah Kandang Gajah Diraja turut ditempatkan.

Mengikut sejarah, Sultan Masyur Shah telah mengalakkan rakyatnya belajar menjinakkan gajah dan segala perbelanjaan yang berupa biasiswa telah diberi kepada penjinak gajah.

Gajah dijinakkan diletakkan di sini sebagai pikat untuk menjinakkan gajah liar. Kemudian, gajah yang telah jinak dihantar semula ke Melaka sebagai gajah tempur perang.

Menurut penceritaan, gajah tersebut telah di sumpah oleh Sultan Mansyur Shah menjadi batu kerana peristiwa amukan gajah.

Replika gajah yang telah disumpah menjadi batu masih ada sehingga kini.

Daripada pengkajian sejarah, kandang gajah Diraja di Bukit gadong dianggap sebagai tempat atau institut latihan gajah pertama di Malaysia.

Di awal pemerintahan British, kandang gajah telah dibina semula oleh Residen British iaitu Farquhar.

Farquhar telah menjemput  dan mengupah Pak Sulong dari Kedah untuk menghalau gajah yang merosakkan hasil tanaman  di Melaka ke suatu tempat.

Pak Sulong dan Farquhar telah menghalau gajah dengan menggunakan bahan letupan ke kandang gajah disini.

Sebanyak 63 ekor gajah telah dikandangkan tetapi malangnya semua gajah itu telah mati kerana tidak diberi makan.

Tulang, gading dan kulit gajah telah dihantar ke England dan hanya seekor sahaja gajah dihantar ke Melaka semula.

Kisah ini tercatat didalam Hikayat Munsyi Abdullah.

Sekitar abad ke 20, Bukit Gadong dimusnahkan oleh British untuk mendapatkan bijih besi dan batu-batunya digunakan untuk membina jalanraya.

Pada tahun 1951, dengan rasminya Bukit Gadong hilang dari pandangan.

Daripada peristiwa inilah wujudnya nama dua buah kampung di Sungai Rambai, iaitu Sebatu dan Batu Gajah.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *