POKOK BEMBAN PENGIKAT ATAP

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kampung Bemban dikatakan telah dibuka pada tahun 1400 Masihi.

Mengikut sejarah Bemban kawasan menjadi laluan bagi peniaga – peniaga yang mengikut pesisiran sungai dan laluan darat yang menjual hasil dari selatan Melaka ke Jasin dan Tangkak , Muar.

Kampung ini juga menjadi tempat persinggahan peniaga – peniaga untuk beristirahat.

Di samping itu, kawasan kampung ini terdapat banyak pokok Bemban daripada spesis rotan yang dijadikan ikatan atap.

Pada ketika itu penduduk setempat terdiri daripada golongan petani dan pembuat rumah.

Daripada tahun ke tahun kawasan ini telah dijadikan satu penempatan penduduk yang singgah sehingga wujudnya sebuah perkampungan.

Sekitar tahun 1408, dipercayai terdapat empat orang pendekar Bugis datang ke sini untuk menjual hasil dagangannya.

Dengan terdapatnya banyak pokok bemban yang menjadi mata pencarian penduduk tempatan, empat sahabat ini telah menamakan kawasan Kampung Bemban yang mana nama tersebut kekal sehingga sekarang.

Terdapat juga sehingga kini tanah- tanah perkuburan lama masih kekal sehingga ke hari ini.

Lokasi Kampung Bemban dari Bandar Melaka adalah sejauh 23 kilometer, dari Bandar Jasin 12 kilometer dan dari susur keluar Ayer Keroh pula sejauh 14 kilometer.

Penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu Melayu , Cina , India.

Terdapat juga kaum Portugis di kampung Bemban ini.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *