SEBUTAN ‘TEA HILL’ JADI TEHEL

Menurut sumber lisan, Kampung Tehel dibuka pada tahun 1808 oleh empat orang keluarga berketurunan bugis bernama Mampek, Montok, Sakah dan Sabih.

Mereka datang melalui muara Sungai Duyung, Kandang, Bukit Lintang dan Tanjung Labuh (Tehel).

Penempatan penduduk pada masa itu di Gapam, Pengkalan Badak, Parit Lampong, Lesong Batu, Tanjung Laboh dan Bukit Tinggi (Bukit Cermin).

Mereka menjalankan kegiatan menanam padi, berkebun, menternak dan menanam teh.

Pada tahun 1880, Sidang Ismail bin Senin telah dilantik mengetuai masyarakat (adat).

Seterusnya pada tahun 1882, Imam Maalim bin Jaafar mengetuai syarak kepada 38 keluarga pada masa itu.

Nama Kampung Tehel berasal dari sebutan orang putih ‘Tea Hill’ iaitu Bukit Tinggi yang ditanam pokok teh.

Orang melayu pula menyebut Teh Hel.

Keluarga Bugis ini dikebumikan di Lesong Batu dan Kandang (Bukit Jinjing).

Sehingga kini Kampung Tehel telah berkembang pesat yang mana taman perumahan, sekolah, klinik dan kemudahan lain disediakan untuk penduduknya.

Ia juga dihuni masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta etnik lain.

Di sini juga terdapat tarikan tersendiri iaitu Masjid Tehel yang telah diwartakan sebagai tapak warisan sejarah oleh PERZIM.

Selain itu, terbinanya taman tema kolam air panas di kawasan ini merupakan usaha terbaik untuk menarik pengunjung dan memperkenalkan Bemban kepada orang luar.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *