Nama kampung ini pastinya popular dalam kalangan pendudu setempat yang sering menggunakan laluan ini untuk ke Muar, Johor.
Ia merupakan sebuah kampung dalam daerah Jasin, Melaka yang mana pekan kecil ini telah menjadi pintu masuk ke Melaka ataupun ke Johor sejak dahulu lagi.
Dipisahkan dari Muar oleh Sungai Kesang, di sini juga terdapat sebuah pelabuhan ‘barter’.
Masa berlalu, seiring dengan arus kemajuan, Sungai Rambai lebih mudah diakses melalui lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) sejak beberapa tahun lalu.
Perjalanan dengan kereta dari bandar Melaka ke pekan ini kira-kira 30 minit sahaja dan ini memudahkan penduduk di sini berulang-alik ke Bandar Melaka sama ada untuk urusan kerja mahupun berjalan-jalan.
Antara kampung berhampiran pekan ini ialah Batu Gajah, Sebatu, Parit Putat, Parit Perawas ,Parir Sialang , Parit Sidang Seman , Parit Gantong , Jalan Tambak Merah, Jalan Gafar dan Parit Penghulu.
………………
SEMAKIN DIKENALI
Berbeza dahulu dan sekarang, Sungai Rambai semakin dikenali kerana terdapatnya pelbagai tarikan baharu dibina di sini.
Antara tarikan yang berjaya menambat hati pengunjung luar ke pekan kecil ini adalah :
- Pusat Gerakan Belia
Pusat gerakan belia ini ditubuhkan sebagai usaha menggalakan lagi aktiviti belia bukan sahaja dalam dun Sungai Rambai sebaliknya belia-belia dari luar juga.
Ia turut menjadi tempat belia berkumpul bagi pelbagai aktiviti atau program dijalankan.
Pada masa sama, banyak kursus-kursus belia telah dianjurkan di sini.
- Pusat Transformasi luar Bandar (RTC)
Menarik mengenai RTC ini kerana ia menghubungkan masyarakat setempat dengan pelbagai perkhidmatan disediakan kerajaan.
Usaha ini sekaligus memudahkan mereka untuk mendapat pelbagai akses di RTC dengan adanya Klinik 1 Malaysia, kaunter Majlis Perbandaran Jasin, Jabatan Pertanian Negeri Melaka, Syarikat Air Melaka Berhad, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Amanah Rakyat Melaka dan CIMB Bank.
RTC dibangunkan di kawasan hentian rehat dan rawat Sungai Rambai sejak tahun 2015.
- Laman Belia 1 Malaysia
Merupakan salah satu tarikan paling popular di Sungai Rambai selepas viral mengenai air sungai yang terdapat di sini menjadi jernih sehingga menampakkan dasar sungai.
Disebabkan itu, ia mendapat perhatian dan kunjungan daripada penduduk setempat juga luar Melaka yang ingin merakamkan kenangan di sini.
Terdapat juga jambatan gantung di Laman Belia ini yang turut menjadi perhatian pengunjung. Mereka sendiri tidak melepaskan peluang merasai pengalaman menaikki jambatan tersebut.
Pada masa sama, tempat ini telahpun menjadi salah satu port riadah baharu khususnya kepada penduduk sekitar.
ends…