Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong berkait rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah.
Dikatakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah (Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.
Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati (seperti disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah).
Hang Mahmud dan isteri kemudiannya menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu (sekarang dikenali Padang Temu).
Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan menyerupai ikan duyong tiba-tiba muncul.
Kerana penemuan ganjil inilah membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama Kampung Duyong.
Semenjak hari itu juga, mereka sekeluarga menetap di kampung ini.
Di sini jugalah Hang Tuah dilahirkan seperti disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.
ends…