TQ CM! – MELAKA BEBAS NIAGA 2021

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA 9 DIS – Kerajaan negeri Melaka tidak terkecuali mengikut jejak Wilayah Persekutuan yang mengumumkan inisiatif ‘bebas berniaga’ selama 6 bulan bagi membantu mengurangkan beban rakyat berhadapan pendemik Covid 19.

Apa yang menarik, seperti diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di laman sosial facebook miliknya, kerajaan negeri mengambil langkah lebih produktif melaksanakan inisiatif ‘Melaka Bebas Berniaga’ selama setahun bermula Januari 2021 nanti.

Menurut beliau pendekatan tersebut khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi mencari rezeki untuk berniaga seperti penjaja kecil, peniaga warung, penjual nasi lemak, peniaga pisang goreng, kuih-kuih, penjual air kelapa dan lain-lain.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan peniaga supaya tidak lupa mengambil lesen niaga dan paling penting mengikut SOP yang ditetapkan ok.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *