BENGKEL CORPORATE IMAGE : MILLION DOLLAR LOOKS

BENGKEL CORPORATE IMAGE GROOMING: MILLION DOLLAR LOOKS anjuran AGELESS HAVEN REOURCES dengan kerjasama DEWANITA, DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA (DPMMNM) telah berjaya dianjurkan pada 6 September 2020 di MITC Hotel, Melaka.

Bengkel ini merupakan bengkel asas kepada Personal Image (Imej Peribadi) bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan wanita kepentingan menjaga imej dan ketrampilan semasa berhadapan dengan pelanggan

Menariknya kelas anjuran Ageless Haven Resources ini bukan hanya dijalankan secara teori, malahan secara praktikal. Justeru, peserta dapat merasai sendiri pengalaman mengenai postur badan, teknik perbualan dan etika semasa berurusan.

Bengkel selama 4 jam telah dihadiri oleh 30 orang usahawan dari pelbagai sektor sepertti usahawan dalam bidang farmasi, spa, pembuatan, kontraktor dan banyak lagi. Rata-rata peserta berharap agar Kursus Lanjutan bagi bengkel Corporate Image ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel pada kali ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rasit bin Saleh, Timbalan Yang Dipertua, DPMM Negeri Melaka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hidayah Husin di talian 0176582667 / Pn Natty di talian 0192124799

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *