CAPERNAUM (2018)

Sedih, simpati, meruntun jiwa, semuanya bergabung rasa usai menonton filem Lubnan ini. Kekuatan filem ini bagaikan kau menonton dokumentari sisi-sisi gelap masyarakat. Ditambah pula dengan lakonan kanak-kanak yang hebat dan natural, menjadikannya sebuah karya bermutu!

Boleh kau bayangkan, budak 12 tahun lari dari rumah, tiba-tiba terpaksa menjaga bayi kecil yang baru dia kenal dengan kesempitan wang, ketiadaan air dan makanan? Boleh bayangkan? Sampaikan dia terjerumus dalam jenayah. 😭

Aku memang tak suka filem sedih. Nanti aku susah nak move on. Sedih yang dibawakan, bukan macam sedih menangis tu tau, tapi sedih kerana simpati. Sekarang, ni yang aku rasa. 😭😭😭

Capernaum memang layak tercalon dalam OSCAR 2018 sebagai Filem Berbahasa Asing Terbaik. Lakonan kanak-kanak berusia 12 tahun dalam filem ini juga menjulangnya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam beberapa anugerah berprestij! Memang aku tepuk tangan. 👏👏👏👏

Filem ini tidak menjanjikan aksi, thriller dan unsur-unsur pelik. Filem ini mengajak kita meneroka sisi kehidupan masyarakat Lubnan yang dihimpit kemiskinan. Isu budak perempuan dipaksa berkahwin sewaktu awal haid, anak yang tidak berdaftar, pendatang yang dahagakan kad pengenalan palsu, keruntuhan sosial dan pelbagai lagi nanah masyarakat ditayang kemas dalam filem ini. Arghhhh, susah aku nak ulas. Sila tonton dengan kaca mata sendiri. Bagi peminat filem aksi, tak payah tonton. Nanti pasti kau rasa bosan. Namun, kalau kau mahu menjentik emosi dan hati kau untuk sentiasa rasa bersyukur, aku boleh sifatkan ini naskhah sesuai.

Terima kasih kepada salah seorang pengulas dalam FB Dunia Wayang yang memberi 10 ⭐ untuk filem ini sehingga membuat aku tertarik menontonnya.

Dialog yang paling memberi kesan kepada aku ialah..

Tuan Hakim : Kenapa kamu ingin mengambil tindakan kepada ibu bapa kamu? Apa kesalahan mereka?

Zain : ….

Tuan Hakim : Kenapa?

Zain : Kerana mereka melahirkan saya 😭

Sekian, terima kasih.
#reviewfikrifiq

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *