DIGELAR MUZIUM HIDUP

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Berbanding suatu ketika dahulu, kini Kampung Morten semakin popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan sebaliknya, pengunjung luar Melaka juga.

Ini kerana kampung yang mendapat jolokkan ‘muzium hidup’ ini masih mengekalkan keunikan sedia ada di kampung itu sejak ia dibangunkan.

Menurut sumber sejarah, gelaran ‘muzium hidup’ ini disebabkan rata-rata penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah serta mengekalkan reka bentuk rekaan rumah tradisi mereka.

Perkampungan ini dikatakan dinamakan sempena nama seorang Pegawai Pemungut Cukai Inggeris, Frederick Joseph Morten.

Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini yang dahulunya hanya merupakan kawasan paya.

Selain Kampung Morten, kampung itu juga dipanggil dengan nama Kampung Baru sebelum ini kerana penduduk asalnya terdiri dari Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana pelaksanaan pembangunan.

Sekitar tahun 1922, sewaktu penduduk asal dipindahkan dari Kampung Jawa, seorang yang dihormati, Dato Othman Mohd Noh dan rakannya mencari kawasan baru.

Mereka kemudiannya menemui Kampung Morten yang ketika itu berpaya, dipenuhi hutan bakau dan pokok nipah.

Tanah Kampung Morten dibuka pada tahun itu dan dipecahkan kepada 100 lot individu khas untuk penduduk yang dipindahkan.

Dato Othman menjadi penjamin untuk mendapatkan pinjaman 10,000 dolar delat dari Tabung Pinjaman Khas.

Sebagai memperingati jasanya, nama Dato Othman diabadikan sebagai nama jalan di kampung tersebut.

Dalam pada itu, sebelum FJ Morten berpindah ke tempat lain, beliau telah menulis satu surat menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh dipindahkan atau dijual kepada keturunan penduduk asal sahaja.

Suatu ketika dahulu juga, Kampung Morten yang di kelilingi Sungai Melaka menjadi tempat persinggahan kapal-kapal pedagang menjalankan urusan perniagaan ‘barter trade’.

TARIKAN DI KAMPUNG MORTEN
• Lokasi menarik dan strategik di tebing Sungai Melaka dan dikelilingi pembangunan
• Terdapat jambatan konkrit yang menghubungan dua suasana berbeza antara lama dan baru
• Rumah tradisioanl bertangga batu dan tidak berpagar menggambarkan keterbukaan mereka menerima tetamu
• Trek jogging dan kawasan riadah di tepian kampung ini dibangunkan mempopularkan lagi kampung in
• Bumbung rumah di kampung ini rata-ratanya berwarna merah selepas kerajaan negeri memperuntukkan menukar bumbung supaya kelihatan seragam.
• Kampung berusia 96 tahun ini kini dihuni kira-kira lebih 800 penduduk.
• Melihat pemandangan Kampung Morten pada waktu malam satu pengalaman luar biasa
• Kini kampung ini menjadi lebih meriah apabila penduduknya mewujudkan kafe, kedai makan dan homestay kepada pengunjung luar untuk merasai sendiri keistimewaan berada di sini.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *