DOOR LOCK (2018)

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Puas! Puas tonton filem Korea ni! Serius mendebarkan! Dia punya debaran tu memang tak boleh bawa bincang! Sampaikan aku pause, tarik nafas. Pause, tarik nafas! Lepas tu, tak tahan punya pasal, aku cepatkan sikit, tengok apa yang jadi. 🤣

Debaran filem ni memang padu sampaikan menang Filem Thriller Terbaik di Brussel International Film Festival, 2019 tau! Memang layak!

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita single yang sangat teliti dalam apa jua yang dia lakukan, terutama sebelum meninggalkan rumah. Dia akan pastikan kedudukan berus gigi, selipar, dan lain-lain diatur dengan betul.

Suatu hari tu, dia merasakan ada orang sering mengikuti dia. Tambahan lagi, dia tengok kedudukan barang di rumahnya lain seperti asal. Maka, dia mengesyaki ada orang lain di dalam rumahnya. Tanpa dia sedari, orang tu berada di… (kau kena tengok sendiri).

Satu demi satu suspek dibunuh dengan kejam, sampaikan polis buntu siapa yang bersalah sebenarnya.

Cuba bayangkan..

😱Apa akan berlaku, jika sewaktu anda tidur, ada orang asing dalam rumah anda?

😱 Macam mana orang asing tu boleh masuk sedangkan rumah perempuan tu di tingkat 6, tingkap bertutup dan menggunakan kunci yang sering bertukar password?

Patutlah ramai yang suruh aku review filem ni, ternyata tidak merugikan. Walaupun aku memang dapat jangka penjenayahnya siapa, tapi, jalan cerita filem ni tetap aku suka!

AMARAN: Filem ini agak perlahan. Mungkin kau suka, mungkin tidak. Namun, bagi aku..
Personal rating: 9 / 10
Sekian, terima kasih. 🤩

#reviewfikrifiqme

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *