GABUNGAN ‘SIR & ‘KAM”

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kampung Serkam tergolong dalam kalangan kampung yang tertua di melaka.

Ia kebiasaannya mendapat kunjungan dari pendagang Islam sama ada dari Arab mahupun India.

Tujuan mereka datang adalah untuk berdagang dah mengembangkan ajaran Islam.

Kampung ini juga dijadikan sebagai tempat persembunyian pahlawan dari Palembang yang kalah berperang dan disebabkan perkara itu, Kampung Serkam ini dikatakan menyimpan banyak rahsia.

Mengikut fakta sejarah, Kampung Serkam itu berasal dari perkataan arab iaitu ‘Sir’ yang membawa maksud rahsia, manalaka ‘Kam’ pula bermaksud banyak.

Justeru ‘Sirkam’ membawa maksud kampung yang mempunyai banyak rahsia. 

Pada awalnya, tanah melayu berada dibawah pemerintahan British, mereka datang ke kampung ini untuk memungut cukai yang diketuai A.B Alcum.

Akan tetapi, ia telah mendapat tentangan hebat dari penduduk setempat sehingga tercetusnya Perang Rokam.

Disebabkan peperangan itu, orang kampung tersebut kalah dan majoriti pahlawan berasal dari Serkam melarikan diri ke Muar.

Mereka kemudiannya membuka perkampungan yang dikenali sebagai Lorong Serkam di sekitar Bandar Muar. 

TERKENAL GELARAN SERAMBI MEKAH

Suatu masa dahulu, ramai anak-anak muda menuntut bidang Agama Islam di Mekah dan telah pulang ke Kampung Serkam sebagai guru agama dan mendirikan pondok-pondok agama.

Ini secara tidak langsung menjadikan Kampung Serkam terkenal dengan gelaran Serambi Mekah.

Pada mulanya, Kampung Serkam merangkumi sebahagian besar Kampung Umbai, Kampung Pulai, Kampung Tedong dan juga Kampung Sempang.

Tetapi kesemuanya telah dipecahkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi memudahkan ianya diurus dan juga ditadbir.

Nama yang diberi untuk Dewan Undangan Negeri (dun) Serkam adalah bersempena Kampung Serkam.

Dalam dun ini terdapat Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Paya Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan juga Kampung Serkam itu sendiri. 

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *