Mengikut sejarah daripada kalangan orang tua di Klebang, nama Klebang diilhamkan penduduk kampung semasa bertemu pedagang India Muslim yang melaungkan azan di masjid di kawasan ini.
Kisah kewujudan nama ini bermula apabila beberapa pedagang tersebut singgah di sini untuk menunaikan solat.
Ketika masuk waktu solat, pedagang terbabit tersebut telah melaungkan azan.
Lalu orang kampung di sini berkata, ‘keling bang’ (azan).
Lama-kelamaan penduduk kampung yang sering memanggil ‘keling bang’ telah mencetuskan kepada terciptanya nama Klebang.
DESTINASI RIADAH
Pantai Klebang terdapat di sini menjadi semakin popular daripada semasa ke semasa.
Ini kerana bukan sahaja maju menerusi pembangunan dan kemajuan di sekelilingnya, tetapi ia terus menjadi kawasan santai dan riadah bagi penduduk di negeri ini dan luar Melaka.
Boleh dikatakan saban minggu khususnya pada cuti umum dan khas, Pantai Klebang dibanjiri pengunjung.
Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Manakala kampung terdapat di sini termasuk Kampung Pulau Gadong, Kampung Permatang, Kampung Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.
Jalan Pulau Gadong pula merupakan laluan utama kenderaan dari Sungai Udang ke Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah- Melaka- Jasin).
Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri menambak kawasan pantai untuk merancakkan lagi pembangunan di sini.
ends…