PERIKANAN KEGIATAN UTAMA

Pantai pelancongan yang terletak dalam daerah Melaka Tengah ini terkenal kerana keunikkan pantainya yang strategik dan sering menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai bersama keluarga.

Terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandaraya Melaka, Pantai Puteri asalnya sebuah perkampungan nelayan yang rata-rata penduduknya menjadikan nelayan sebagai sumber rezeki utama.

Kegiatan perikanan di sini sangat popular kerana bukan saja masyarakat setempat malahan orang luar juga boleh melihat sendiri ikan segar dinaikkan dan membeli ikan, udang, sotong, ketam serta makanan laut segar lain.

Mengimbas sejenak sejarah dan asal-usul Pantai Puteri, terdahulu ia pernah dinamakan sebagai
Kampung Pantai Jaring, Kampung Pantai Rombang dan Kampung Pantai Kundur sebelum diwartakan sebagai destinasi pelancongan dalam negeri Melaka.

Pantai sepanjang kira-kira 2.5 kilometer ini mempunyai panorama menarik dan pelbagai kemudahan seperti medan selera, masjid, tandas awam dan lain-lain untuk memudahkan orang ramai beriadah di sini.

Pada hari Ahad setiap minggu, Pantai Puteri lebih meriah kerana terdapat pasar malam beroperasi bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

Kawasan ini menjadi pilihan bagi pelbagai aktiviti dan program khususnya berkait rapat dengan laut.

Antara pernah dianjurkan di sini seperti Pertandingan JP Joran, Pertandingan Perahu Layar dan sebagainya.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *