SURVIVAL FAMILY (2017)

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Aku suka filem Jepun ni! Sungguh!
Pernah tak kau bayangkan, saat bangun pagi tiba-tiba semua peralatan yang menggunakan elektrik tidak dapat digunakan?
Daripada sekecil-kecil bateri hinggalah penjana tangki pam air. Semua tak boleh! 😱
Ya, inilah premis filem ni.

Sinopsis

Mengisahkan sebuah keluarga yang hidup mereka terlalu bergantung dengan alatan moden. Anak-anak sibuk dengan telefon bimbit, ayah sibuk bekerja, ibu pula hanya pandai memasak secara moden je.
Tapi, semua tu berubah apabila mereka bangun pagi, SELURUH bandar Tokyo dikejutkan dengan ketiadaan elektrik secara misteri! 😱
Disangkakan sehari, rupanya makin lama makin tenat.
Semua aktiviti melibatkan elektrik tergendala.
Sampaikan beli barang kat supermarket pun, cashier tu kira barang guna sempoa!

Lantas, keluarga ni nekad untuk keluar dari Tokyo. Maka, mereka pun berbasikal dari Tokyo ke kampung halaman yang jaraknya memakan masa berbulan-bulan! Kau bayangkan macam-macam halangan yang mereka tempuh!

Waktu tu, segala kekayaan tak menjamin kebahagiaan. Sistem jual beli kembali kepada sistem barter.
Ada orang kaya sanggup nak tukar kereta mewah Maserati dengan seuncang beras. Tapi sayang, tak laku pun! Makanan hanya ditukar dengan makanan demi kelangsungan hidup. Seksa weh, seksa!

🤔Apakah misteri yang menyebabkan elektrik tidak dapat dijana?
🤔Siapakah lelaki tua yang tiba-tiba menawarkan makanan dan minuman di saat mereka hampir putus asa?

Bagi aku filem ini mengajar kita erti bersyukur. Dalam masa yang sama sentiasa beringat, bahawa dunia ni hanya pinjaman semata-mata.
Serius, wajib tonton! Wajib!

Personal rating : 8.2 /10
#reviewfikrifiq

Moral of the story: Lazimi Al-Kahfi!

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *