Berdasarkan peta Malaysia, Bukit Rambai terletak di sebelah barat daya dan merupakan sebuah pekan di dalam daerah Melaka Tengah.
Di Bukit Rambai terdapat sebatang sungai dikenali sebagai sungai Ayer Salak.
Perindustrian perabot dan perkayuan merupakan kegiatan perindustrian utama terdapat di sini berikutan bentuk muka buminya yang mempunyai tanah pamah dan tanah beralun.
Faktor ini antara sebab sektor perindustrian sesuai dibangunkan di kawasan ini.
Selain daripada sektor perindustrian, terdapat juga sektor lain seperti pertanian kelapa sawit, getah dan padi.
Jalan Bukit Rambai pula boleh menghubungkan pengguna ke Tanjung MInyak, Sungai Udang, Tangga Batu dan Batang Tiga.
Jalan ini sekaligus memudahkan penduduk yang berada di kawasan ini untuk bergerak ke mana sahaja.
Jarak untuk ke Bandar Melaka kira-kira 20 kilometer sahaja dan mengambil masa sekitar 15 minit.
Melihat kepada penempatan di sini, ia dihuni pelbagai bangsa seperti Cina, India dan Melayu (paling ramai).
Di sini terdapat ramai bangsa lain seperti warga asing seperti Thailand, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
Kedatangan mereka ke sini adalah untuk berkerja.
Dalam pada itu Bukit Rambai turut menjadi pusat sehenti bagi penduduk setempat dan luar darinya untuk membeli pelbagai kelengkapan lain seperti perabot.
Kawasan ini juga semakin membangun dan menjadi fokus kepada pembinaan perumahan baharu.
ends…