KAMPUNG BARU CINA TERBESAR DI MELAKA

Machap Baru merupakan Kampung Baru Cina terbesar di Melaka.

Jarak dari bandar ke kampung ini adalah lebih kurang 20 kilometer.

Kampung ini mempunyai sejarah tersendiri dan masih mengekalkan keadaan asal semasa kampung ini ditubuhkan kerana pembangunan terhad disebabkan ia terletak di sebelah empangan air.

Kampung Baru Machap Baru masih mengekalkan makanan tradisi etnik Hakka kerana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang Hakka.

Pengunjung dapat menikmati rasa makanan tradisi Hakka yang tiada di bandar seperti ‘Lei Cha’ (ground tea).

Masakan ‘Lei Cha’ di sini dihasilkan menggunakan bahan-bahan tempatan sepenuhnya terutamanya daun teh dihasilkan di ladang teh di kampung ini.

Kilang Roti Kenn Guan Hiong mempunyai sejarah lebih daripada 70 tahun dan ia merupakan kilang roti pertama menghasilkan roti kok di Machap Baru.

Roti Kok dihasilkan dengan membakar roti segar sebanyak dua kali, menjadikannya rangup dan sesuai dimakan bersama kopi panas.

Bau aroma roti dibakar yang dapat dihidu sebaik memasuki kampung merupakan memori penduduk kampung dari generasi ke generasi.

Manakala Masjid Datuk Machap pula merupakan masjid yang mempunyai sejarah melebihi seratus tahun.

Reka bentuk seni bina masjid ini mempunyai unsur-unsur arkitek Cina di mana dindingnya terdapat monumen didirikan pada zaman dinasti Ching.

Terdapat juga ukiran nama-nama orang yang menyumbang membina masjid ini.

Monumen ini merupakan bukti-bukti masyarakat pelbagai kaum pada ketika itu yang hidup secara aman dan damai.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *