PENDIDIKAN BUDAYA DAN SENI DI THE TOUCH CITY

The Touch City dibangunkan semula dan telah dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2016 dengan konsep baru.

Terletak di Durian Tunggal, Melaka, The Touch City dijenamakan semula menerusi pendekatan pendidikan yang unik bagi mengukuhkan lagi pendirian seni budaya masyarakat terutamanya bagi golongan anak muda.

Menekankan lima konsep utama, The Touch City diibaratkan sebuah lokasi pelancongan pendidikan menarik dan berinformasi sesuai bagi keluarga dan pelajar.

Melalui konsep budaya,  operasi pusat ini memfokuskan kepada pendedahan seni budaya masyarakat berbilang kaum dan nilai-nilai moral tanpa mengira bangsa.

Ia juga menjadi sebuah pusat rekreasi dan taman tema berpaksikan seni dan budaya bagi membolehkan pelawat dan pelancong mempelajari tentang sejarah dan budaya Negeri Melaka. 

The Touch City menawarkan 36 tarikan utama dengan pemandangan sangat indah.

Pintu Gerbang Men Zhi  telah direkodkan dalam Melaka Book Of Record pada 90-an yang merupakan perkataan Men terbesar di Melaka pada ketika itu.

Patung Empayar Naga atau The Imperial of Dragon merupakan salah satu simbol terbesar di The Touch City dan ilham untuk menciptanya daripada pengasasanya sendiri.

Dikatakan, beliau telah bermimpi naga terbang ke arah langit dan ini telah memberi inspirasi kepada untuk membina sebuah patung naga di situ.

Naga Penyu atau The Turtle Dragon merupakan salah satu simbol lagenda Cina dengan kepala naga dan badannya penyu.

Penyu melambangkan panjang usia manakala naga pula melambangkan kejayaan, keberanian dan keazaman.

Naga juga mencerminkan sifat tanggungjawab, kesabaran, panjang umur dan berstatus.

Simbol Naga penyu di pusat ini mempamerkan wawasan pengasas pusat ini yang telah diukir pada papan tanda batu yang mementingkan hidup dalam perpaduan, keikhlasan dan kebaikan.

Dipercayai kualiti seperti ini boleh membentuk kehidupan aman damai dan harmoni.

monumen lain terdapat di sini seperti Filial Obedience, Skyway, The Harmonious Mean, North South Star Pavilion, Tea Station, Whistling Bamboo Pergola dan lain-lain lagi.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *