REMBIA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

PENDUDUK BERBILANG KAUM

Kawasan ini mempunyai sebuah pekan yang sering menjadi tumpuan bagi penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India untuk mendapatkan sumber bekalan harian.

Meskipun Rembia tidak sepopular atau terkenal seperti mana-mana kawasan dalam negeri Melaka tetapi ia juga mempunyai pelbagai kemudahan bagi keselesaan penduduk di sini.

Terdapat sekolah, masjid, stesen minyak, pasaraya kecil, hotel dan homestay di sekitar kawasan ini.

Antara kampung-kampung yang ada di sini seperti Kampung Rembia, Kampung Kelemak, Kampung Baru, Kampung Jelatang, Kampung Pengkalan dan Kampung Sungai Petai.

LIMPAHAN HOMESTAY

Meskipun kampung-kampung di kawasan Rembia agak jauh dari Bandar Melaka, tetapi kepesatan dan kemajuan tidak membataskan penduduk di sini untuk menyediakan penginapan seperti homestay kampung kepada pengunjung luar.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman menetap di kampung atau di kawasan yang tidak sibuk bolehlah mencuba untuk bermalam di sini.

Menariknya, homestay di kawasan ini tumbuh ibarat cendawah selepas hujan.

Antara homestay-homestay yang popular seperti E.H Nor Homestay, Homestay Irfan dan Tuah Homestay.

Limpahan homestay ini turut disebabkan kawasan ini antara laluan utama pengguna dari Ayer Keroh, Bandar Melaka dan kawasan sekitar untuk ke Taman Tema Air A Famosa Alor Gajah.

ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *