BANYAK UDANG DI SUNGAI

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai di kampung ini.

Sungai tersebut sangat penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu.

Kononnya terdapat banyak udang dan buaya di sungai itu.

Ada juga menceritakan beberapa kali jemaah masjid terjumpa dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wuduk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi.

PUSAT PENDIDIKAN PONDOK TERSOHOR

Ia pernah terkenal antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput sekitar tahun 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. 

Pondok ini mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian.

Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini.

Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya.

Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. 

Ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *