Menurut sejarah, Kampung Gadek telah diterokai pada tahun 1830 oleh sekumpulan petani.
Mereka giat menjalankan kerja-kerja menebas hutan untuk dijadikan sebuah perkampungan dan juga kawasan untuk bercucuk tanam.
Malangnya, setelah semua kayu kayan telah dibersihkan, masih terdapat sebatang tunggul kayu yang amat sukar dicabut walaupun pelbagai ikhtiar telah di buat.
Setelah berhari-hari mereka cuba mencabut tunggul tersebut, terjadilah lopakan air di kiri dan kanan pokok.
Ketika menggoyangkan tunggul itu, keluarlah bunyi percikan air.
Percikan air tersebut berbunyu ‘gudak gadeik, gudak gadek’.
Kerana bunyi tersebut, mereka sepakat memberikan nama Gadek kepada kampung itu seperti dicadangkan oleh ketua kumpulan pada masa itu.
Ends…
Post Views: 554