Dun Pengkalan Batu juga amat terkenal dengan terbinanya sebuah rumah warisan yang telah wujud lebih 100 tahun lalu.
Rumah Warisan Rahimah Tompang ini antara rumah-rumah warisan dalam negeri Melaka yang masih dijaga dengan rapi.
Pemilik pertama atau asal bagi rumah ini ialah Mamat Bin Husin dan Temah Binti Taib.
Rumah ini diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyangnya dan keturunan seterusnya yang mana telah diwarisi sejak lima generasi terdahulu.
Apa yang menarik mengenai rumah warisan ini adalah menerusi penggunaan kayu kayan seperti meranti dan jati untuk membinanya.
Ia juga dibina tidak menggunakan walau sebatang paku kerana menggunakan kaedah pasak atau tanggam.
Seperti dilaporkan, rumah warisan ini turut memenangi pelbagai anugerah bagi peringkat tempatan, daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Bagi mereka yang datang mengunjungi rumah ini, pelbagai barangan antik turut dipamerkan di dalam rumah untuk tatapan pelawat ataupun pengkaji sejarah.
Rata-rata barang antik dipamerkan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan tinggi.
Ends…