PERTANDINGAN MEMANCING RAPATKAN UKHWAH

RIM – Pertandingan memancing anjuan Ahki Jawatankuasa (AJK) Penyelaras Wanita Umno Dun Rim mendapat sambutan menggalakan daripada masyarakat setempat.

Adun Rim, Datuk Wira Ghazele Muhamad berkata, aktiviti berkenaan sangat baik bagi meningkatkan kerjasama dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, walaupun dilaksanakan dalam skala kecil, namun matlamat yang hendak dicapai berjaya.

“Pada musim sekarang kita berhadapan pendemik Covid 19, dengan cara ini sahaja kita dapat memastikan hubungan baik dan ukhwah khususnya antara penduduk kampung terus bertahan.

“Saya harap pelbagai inisiatif lain boleh diambil sebagai usaha merancakkan kembali aktiviti-aktiviti berfaedah di dun ini,” katanya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang program itu.

Program melibatkan lebih 20 peserta bertempat di Kolam Ikan Air Kangkong.

Ends…

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *