TAHNIAH DATUK SERI MOHAMAD ALI
MELAKA – Jutaan tahniah diucapkan kepada Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.
Pastinya berita ini menggembirakan seluruh rakyat Melaka.
Senator Datuk Seri Mohamad Ali menggantikan Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Nov lalu.
Sementara itu, menerusi laman sosial facebook Mohamad Ali, beliau turut menzahirkan rasa syukur di perlantikan tersebut.
“Alhamdulillah, Allah Maha Besar. Hari ini saya telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara.
“Dalam hari yang penuh bersejarah ini saya ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang membawa nama saya sebagai calon Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara untuk diusulkan oleh Perdana Menteri ke dalam Dewan Negara.
“Terima kasih juga kepada ahli-ahli Dewan Negara yang mamberi sokongan kepada saya bagi menggalas tanggungjawab ini. Saya juga ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada keluarga saya, kepimpinan UMNO Bahagian Tangga Batu yang berdiri teguh di belakang saya serta warga Tangga Batu yang menyokong dan mendoakan saya,” ujar beliau.
Tambah beliau, perlantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk mengisi tempat yang sebelum ini disandang Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Abd Samad yang telah menggalas tanggungjawab ini sejak 2016 – 2020.
“Terima kasih atas khidmat dan jasa yang diberikan. Saya akan menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh iltizam dan sebaik yang mungkin agar perjalanan persidangan Dewan Negara dapat dijalankan dengan baik dan teratur serta membantu menambah baik pertumbuhan ekonomi negara, Kebajikkan rakyat, kedaulatan agama, kedaulatan Raja – Raja Melayu dan Undang-undang terus terbela.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan diatas doa dan ucapan yang anda berikan kepada saya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” kata beliau lagi.