DASAR MONETORI DAN FISKAL MEMBENDUNG IMPAK EKONOMI

Pasaran emas memperoleh keuntungan daripada USD yang lebih rendah dalam persekitaran saham yang tidak menentu, di mana pasaran bursa banyak bertaruh pada kemenangan Biden.

Logam berharga itu memulakan kenaikan pada hari Khamis dengan harga naik lebih dari USD50 di tengah ketidakpastian dan USD yang lemah ketika calon Demokrat Joe Biden mengekalkan kedudukannya menentang Presiden USA Donald Trump.

Dengan semua ketidakpastian pilihan raya ini di tengah gelombang kedua Covid-19, emas diramal naik kembali ke paras USD2,000 per ounce pada minggu depan.

Ekonomi dalam masalah besar di seluruh dunia semasa pandemik ini, banyak negara mengumumkan pakej rangsangan dan ini secara langsung aktiviti terus mencetak wang bagi stimulus ekonomi, dan emas akan mendapat keuntungan daripada kenaikan ini.

Minggu depan, pasaran akan menetapkan harga kemenangan Biden dan Senat yang dikuasai oleh Parti Republik, dan ini membawa maksud pemerintahan berpecah.

Pemerintah yang berpecah-belah bermaksud perubahan dasar yang lebih sedikit, tetapi menjangkakan pakej rangsangan kecil (USD500 biilion) akan berlalu pada bulan Disember 2020 – Januari 2021.

Setakat ini, data makro dari Amerika Utara tidak menunjukkan kesan besar dari gelombang kedua Covid-19. Walaubagaimanapun, negara-negara di Eropah mungkin akan menunjukkan tanda-tanda amaran bagi kesan gelombang ini.

Musim sejuk akan memberikan impak terhadap lonjakan kes koronavirus dan ianya berpotensi menyebabkan kemerosotan ekonomi yang lebih parah dan menyukarkan rangsangan ekonomi ke tahap sebelum pandemik.

Untuk menangani masalah ini, ianya memerlukan dasar monetari dan fiskal untuk membendung impak ekonomi yang lebih teruk.

Sumber: Kitco

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *