AYER KEROH – Jenazah tiga beradik Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Sungai Putat di sini malam tadi.
Terdahulu, jenazah tiga adik-beradik terbabit tiba dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak pada jam 5.30 petang di kediaman keluarga datuk sebelah bapa mereka di Taman Seri Jati kira-kira lima jam kemudian.
Jenazah mereka disembahyangkan di rumah berkenaan sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad.
Dalam kejadian terdahulu, tiga beradik maut, manakala ibu mereka parah selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang di kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang dekat Ipoh, Rabu lalu.
Muhammad Alhafis Mohamad, 29,bersama ahli keluarganya sebak ketika jenazah tiga anak keluar untuk dibawa ke Melaka dibilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas meninggal dalam insiden kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Gambar : Harian Metro