WARGA PPSPM TINGKAT ETIKA TOLAK RASUAH

MELAKA – Program Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSMPM) Tolak Rasuah telah diadakan dalam memastikan warga kerja jabatan itu tidak terlibat dengan jenayah rasuah.

Pada program berkenaan semua warga hadir melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tolak rasuah yang diadakan di Dataran Pengkalan Rama.

Ia bermatlamat meningkatkan etika dan integriti warga PPSPM supaya tidak sesekali melakukan kegiatan terbabit.

Mengambil slogan,”Kami tolak rasuah, Integriti budaya kami”, program turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin.

Hadir sama, Timbalan Pengarah SPRM mewakili Pengarah SPRM Negeri Melaka, Ahmad Faizul Abd. Rashid dan Penguasa Kanan mewakili Ketua Unit, Unit Integriti – Jabatan Ketua Menteri Melaka, Norhafizah Othman.

Sumber/kredit foto: MELAKA RIVER CRUISE&PPSPM

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *