Oleh : MARINA SAHABUDIN
BUKIT BERUANG – Homeopati yang juga dikenali sebagai rawatan alternatif semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat setempat.
Meskipun rawatan konvesional terus berkembang, namun rawatan homeopati turut memilikki pelbagai kaedah dan cara tersendiri untuk memastikan pesakit-pesakitnya mendapat yang terbaik.
Pusat Rawatan Homeopathy Bukit Beruang (HBB) juga sentiasa mengutamakan pesakit-pesakit mereka khususnya apabila mendapatkan perkhidmatan di sini.
Lebih menarik apabila doktor-doktor di sini mengaplikasikan perkhidmatan mereka dengan menerapkan sifat kemanusiaan terhadap pesakit.
Menurut pengasas HBB, Senior Homeopath Rosnah Adam, pengalaman dalam bidang hemeopati sejak 20 tahun lalu membantu beliau mengusahakan pusat rawatan itu dengan lebih proaktif.
”Ia bermula selepas suami saya meninggal dunia, ketika itu saya berada di kelantan. Kemudiannya saya bawanya ke sini dan cuba sendiri untuk merawat mereka yang mempercayai kemampuan saya menerusi homeopati ini.
”Bagaimanapun, ketika itu agak sukar untuk mengembangkan rawatan ini secara profesional kerana orang masih ragu-ragu terhadap saya sendiri dan rawatan ini.
”Justeru, saya nekad untuk menambah ilmu bermula daripada diploma kepada master demi meralisasikan impian membantu pesakit menggunakan kaedah homeopati,” katanya kepada Melakafirst di Pusat Rawatan HBB di sini.
Pusat rawatan homeopati diusahakan Senior Homeopath Rosnah mempunyai empat cawangan termasuklah di Batu Pahat dan Selandar selain Bukit Beruang.
Berkongsi lanjut ujar beliau, pelbagai ilmu mengenai rawatan ini dimiliki bukan sahaja dari negara ini.
”Banyak ilmu-ilmu saya dapati ini dari negara luar seperti India, New Zealand, Australia, Iran dan banyak lagi.
”Setiap negara mempunyai ciri-ciri serta kaedah yang berbeza untuk setiap rawatan dilakukan. Saya sebenarnya sangat seronok dan minat mendalam menyebabkan saya terus menggali pengetahuan mengenai rawatan ini,” katanya menyifatkan rawatan homeopati ringkas dan mempunyai keajaiban tersendiri.
TERAP SIFAT KEMANUSIAAN
Berbicara mengenai pendekatan dijalankan terhadap pesakitnya, ujar Senior Homeopath Rosnah, beliau menggunakan kaedah kemanusian yang mana sangat dekat dengan diri pesakit.
”Rawatan homeopati ni memerlukan kita lebih rapat dengan pesakit. Perasaaan sesama manusia itu biasanya sangat mendalam yang mana kita sentiasa menyanyangi mereka.
”Dengan kaedah ini ia memudahkan kita untuk mengenali setiap pesakit lebih mendalam dan secara tidak langsung membantu melihat permasalahan berlaku dalam diri mereka.
”Kita juga mengenal pasti sama ada sakit yang dihidapi bermula dengan keturunan. Misalnya jika keturunan pesakit mempunyai penyakit asma, sakit jiwa dan sebagainya, mungkin ia menjadi faktor mengapa pesakit tersebut menghidap penyakit sama atau sebaliknya,” katanya semua simptom pada diri pesakit perlu diselidik dan ia dipanggil homeo klasik.
KENALPASTI SIMPTOM
Jelas Senior Homeopath Rosnah, selepas setiap simptom dikenalpasti, barulah doktor merawat dapat mengesan sakit dihadapi secara sepenuhnya.
”Kadang-kadang seseorang pesakit itu mempunyai pelbagai masalah seperti tak boleh tidur, tertekan, tak lalu makan, sakit saraf dan lain-lain.
”Jadi kita akan bagi rawatan mengikut keperluan mereka. Kita tidak akan sesekali memberi mereka ubat-ubatan tanpa melihat kemampuan pesakit.
”Malah setiap pesakit di HBB akan dipantau sepenuhnya bermula mereka dirawat sehingga sembuh. Saya ambil contoh seorang kanak-kanak yang terlalu kurus yang mendapatkan rawatan homeopati dan kita akan bantu dia mendapat keperluan badan secukupnya sehingga dia benar-benar sihat.
”Sebab itu saya katakan, konsep kami rawat sampai sembuh. Apa saya boleh pastikan,rawatan homepati ini tidak berbahaya dan ubatnya juga sedap dimakan,” katanya.
HAYATI KEPERLUAN MANUSIA
Bagi Senior Homeopath Rosnah walaupun pernah diketawakan oleh orang-orang yang selesa mendapatkan rawatan konvesional, namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya.
”Dalam bidang apa sahajapun pasti ada cabaran tersendiri. Mungkin ramai yang ragu-ragu terhadap rawatan homeopati. Tetapi, percayalah, bagi mereka yang menghayati keperluan manusia, rawatan ini adalah terbaik untuk mereka.
”Paling penting rawatan digunakan berasaskan semula jadi, bercirikan Islam seperti daripada tumbuhan,mineral, serangga dan seumpama dengannya.
”Untuk pesakit gout misalnya, kita lihat apa punca penyakit tersebut dan kita minta mereka hentikan segala jenis makanan penyebab kepada penyakit itu terlebih dahulu. Kemudian barulah kita dapat bersihkan segala punca penyakit itu mengikut fasa seterusnya dan ini dipanggil proses detoksi,” katanya.
Berkongsi lanjut, ujar beliau, ramai pesakit gout yang mendapat rawatan di HBB akhirnya kembali sihat.
”Kalau mereka ikut betul-betul rawatan dilakukan, dalam beberapa minggu saja, penyakit berkenaan akan berkurangan dan sembuh.
”Jika tak sembuh tu, mungkin kerana melanggar pantang. Lagipun setiap pretasi pesakit it bergantung kepada diri mereka sendiri. Undang-undang penyembuhan homeopati ini adalah secara alami dan ia mengambil masa bukannya sekelip mata,” katanya di Eropah, tidak hanya manusia sebaliknya kaedah homeopati diaplikasikan kepada lembu bagi memastikan haiwan berkenaan menghasilkan susu dan daging berkualiti.
SEBAR LUAS KEBAIKKAN HOMEOPATI
Dalam pada itu, Senior Homeopath Rosnah sangat teruja untuk memastikan rawatan homeopati terus dikenali dan diterima ramai.
”Walaupun kita hanya ada ubat alternatif, tetapi sedikit sebanyak inisaitif ini boleh dikatakan sangat mujarab bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di HBB.
”Kita tak ada masuk darah atau pembedahan seperti rawatan konvesional. Jadi, hospital dan klinik konvesional tetap diperlukan.
”Cuma, homeopati ini sebagai ikhtiar bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan secara semula jadi. Kerana itu saya harap misi untuk memperluaskan rawatan alternatif ini dapat direalisasikan.
”Sehingga kini saya sudah latih ramai doktor-doktor di bawah selian saya untuk mereka sebarkan kebaikkan homeopati,”katanya.
Pusat Rawatan HBB mempunyai 9 doktor termasuk beliau sendiri.
Ia beroperasi di 669-C, Jln Bukit Melaka 1/1, Tmn Bukit Melaka, Bukit Beruang setiap hari Sabtu hingga Khamis bermulajam 9 pagi hingga 10.30 malam.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 06 – 231 7963 / 012 – 611 5617