JASIN – Pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam memperluaskan lagi sumbamgan belia terhadap golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.
Menerusi Program Khidmat Sosial MAYC Jasin, kirz-kira 50 belia di kawasan ini telah meluangkan masa turun padang membantu seorang warga emas, Radzwan Saman, membersihkan rumahnya yang terlibat banjir.
Program turut mendapat kerjasama MAYC Pewaris Kampung Chohong dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban warga emas tersebut, sebaliknya ia membantu memupuk sikap tanggungjawab dalam kalangan generasi muda.
Antara aktiviti dilakukan termasuk membasuh bahagian dalam rumah, membersihan kawasan luar serta membersihkan semak samun berhampiran.
Diharap program bersempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia ini memberikan senyuman dan kegembiraan kepada pakcik Radzwan.
Sementara itu, ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhammad turut hadir pada program gotong-royong tersebut.