135 INDIVIDU TEMPATAN DI PKJ DISAHKAN POSITIF COVID 19

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

135 INDIVIDU DI PKJ DISAHKAN POSITIF COVID 19

MELAKA – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman, mengesahkan seramai 135 daripada 706 individu di Pusat Koreksional Jasin (PKJ) positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan semalam.

Menurut beliau, ia membabitkan 603 banduan dan 103 kakitangan penjara itu.

Difahamkan, pihaknya bagaimanapun masih menunggu beberapa keputusan saringan individu di PKJ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperintahkan dilaksanakan di lokasi terbabit bermula hari ini hingga 14 Januari depan.

Sementara itu, seramai 41 banduan berisiko rendah dirawat di Pusat Kuarantin Covid-19 Penjara Sungai Udang dan 87 banduan masih dikuarantin di Hospital Melaka.

Manakala 119 tahanan lain dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Machap Umboo Alor Gajah ditempatkan di MAEPS Serdang selain beberapa individu di penjara Sungai Udang yang merupakan Pusat Kuarantin Covid-19 yang berisiko rendah.

Rahmad menjelaskan, tiada peningkatan kes bagi tempoh tiga hari ini di Penjara Jasin.

“Saringan serta pengasingan telah dibuat dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia,” katanya.

Rahmad berkata, setakat ini PKJ tidak lagi menerima kemasukan banduan baharu berbanding sebelum ini meskipun ia menjadi lokasi transit banduan penjara yang membuat saringan sebelum dihantar ke penjara lain.

“Dalam tempoh ini juga, seramai 25 petugas daripada pusat kesihatan Jasin dalam keadaan bersiap sedia dan dibantu 35 petugas yang berkhidmat sepenuh masa,” katan

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *