DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% MASIH DIBUKA

Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sembelum tahun baharu.

Justeru, PDRM Kontinjen masih membuka kaunter semakan dan pembayaran saman dengan potongan harga sebanyak 50%.

Diskaun tersebut merangkumi semua jenis saman trafik seluruh Malaysia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini khasnya buat mereka yang mempunyai saman tertunggak.

Program diadakan pada ketetapan seperti berikut bermula 15 disember lalu.

Tarikh : 15-30 Disember 2020
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 Petang
(WaktuPejabat) Kecuali Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
Lokasi : Kaunter Saman Semua Ibu Pejabat Polis
Daerah Kontinjen Negeri Melaka.

Anda disarankan membuat semakan terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik atau melalui medium internet dan sebagainya tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang termaktub.

Di ingatkan supaya jaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan sentiasa patuh pada SOP PKPP, Kita Jaga Kita.

Rebutlah peluang keemasan ini dan jangan lepaskannya.

sumber : FB POLIS MELAKA

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *