JOM KITAR SEMULA SISA FABRIK

ALOR GAJAH – Bagi mereka yang mempunyai banyak sisa-sisa fabrik terbuang dan tidak digunakan, anda dialu-alukan menyertai program kitar semula sisa fabrik peringkat perbandaran Alor Gajah 2021.

Pendekatan berkenaan bagi mengingatkan pengguna supaya tidak membuang sisa fabrik atau tekstil ke tapak pelupusan sampah.

Program berkenaan akan diadakan pada 9 Januari 2021 (Sabtu) bertempat di Dataran Keris, di sini bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Lebih menarik setiap satu kilo sisa fabrik atau tekstil yang dikitar semula akan dibayar pada kadar RM 0.10 per kilogram.

Program anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ini turut mendapat kerjasama SWCorp Melaka dan Syarikat Kloth Malaysia Sdn. Bhd.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *