ASAHAN – Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Begitulah boleh diumpakan menerusi Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan Japerun Asahan.
Bagi cawangan Asahan kali ini, seramai enam penerima daripada golongan memerlukan telah menerima perhatian.
Antaranya, Maznah Bujang, Hasnah Husin, Jailani Ali, Jahara Ismail, Yah Salleh dan Norbaiti Baharom.
Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.
Menurut beliau, diharapkan inisiatif ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak urusan kehidupan penerima.
Post Views: 322