SUMBANGAN KERUSI RODA, KATIL KHAS RINGANKAN BEBAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MASJID TANAH – Parlimen Masjis Tanah sentiasa prihatin terhadap nasib golongan kurang mampu dalam parlimen itu.

Lebih-lebih lagi dalam kalangan pesakit-pesakit kronik yang memerlukan keperluan kerusi roda dan katil khas bagi kegunaan mereka.

Justeru, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermiehati Samsudin tidak ketinggalan menyalurkan bantuan kerusi roda dan katil khas kepada pesakit yang layak.

Antara penerima kerusi roda ini termasuklah Kamaluddin Abdul Jalil (Kampung Paya Rumput), Mohamed Haris Sulong (Kampung Taman Setia Jaya, Ramuan China Kechil) dan Hasan Awang (Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru).

Sementara itu Baba Kechut dari Kampung Longdang pula menerima katil khas.

Penyampaikan sumbangan dilakukan Setiausaha Sulit Mas Ermieyati, Norihan Bahari mewakili beliau.

Turut serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Rumput, JPKK Kampung Ramuan China Kechil, JPKK Kampung Telok Gong dan JPKK Kampung Londang.

Usaha tersebut diharap dapat memudahkan urusan penerima bantuan sekaligus meringankan beban mereka mengeluarkan belanja membeli kerusi roda atau katil khas tersebut.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *