KAMPUNG PORTUGIS TETAP MERIAH

UJONG PASIR – Meskipun pendemik Covid 19 masih belum reda, namun sambutan Hari Krismas di Kampung Portugis tetap meriah.

Pun begitu, SOP tetap dipatuhi dalam memastikan wabak Covid dapat dibendung habis-habisan.

Menerusi laman sosial Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, beliau berkesempatan melawat perkampungan tersebut untuk beramah mesra bersama penduduk di situ.

Kelihatan rumah-rumah di sekitar kampung dihiasi dengan dekorasi menarik serta dilimpahi cahaya lampu yang dipasang cukup meriah.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan penduduk setempat dan pengunjung supaya tidak alpa mematuhi SOP.

Turut hadir dalam lawatan itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Pengerusi MIC Melaka merangkap Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk M.S Mahadevan Sanacy dan Sidang Kampung Portugis, David De Costa.

kredit sumber & foto : FB KETUA MENTERI MELAKA

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *