KEMBARA PRIHATIN SELAMI KESUSAHAN PENERIMA JKM

AYER MOLEK – Usaha mendekati golongan kurang bernasib baik diperluaskan menerusi program Lawatan Kembara Prihatin Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Japerun Ayer Molek.

Adun Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata, program bertujuan mengenal lebih dekat penerima JKM di Dun itu.

Menurutnya, bagi program kali ini lima penerima telah terpilih.

“Kesemua penerima ini adalah pemohon lama dan baharu JKM yang mana kita sentiasa memberikan perhatian kepada kesusahan dialami mereka.

“Usaha ini diharap dapat melegakan hati mereka lebih-lebih lagi dalam musim Covid 19 ini ramai yang terjejas dan terkesan,” katanya.

Antara penerima bantuan termasuk Misnah Saraman, Azhar Samat, Ya’acub Abdul, Izzat Zaffran Zamarul dan Maniam A/L Nadarajan.

Turut serta Setiausaha Japerun Ayer Molek, Razak Mooideen, Pegawai Kebajikan Ayer Molek, Umrus Mariman dan Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Fauzi Bakar.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *