SWM KASIH KRIMAS RAI INSAN KURANG BERNASIB BAIK

MELAKA – Sempena program SWM Kasih Krimas, seramai 30 keluarga kurang berkemampuan telah diraikan.

Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM Environment, Dr. Al’Ashari Othman berkata, program diadakan itu merupakan entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Menurutnya, usaha tersebut diharap dapat memberikan kecerian kepada golongan penerima.

“Hari ini kita berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga tersebut, semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban mereka khususnya yang menyambut hari natal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bantuan diberikan secara bersasar kepada golongan
memerlukan terutamanya mereka dalam kategori B40.

“Tahun ini, buat julung kalinya SWM Environment Melaka menjalankan program SWM Kasih Krismas dengan kerjasama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) sebagai usaha mendekati masyarakat.

“Ia juga bertepatan bagi membantu keluarga yang terjejas akibat COVID-19 dan wabak ini tidak menjadi penghalang bagi penganut agama Kristian menyambut perayaan krismas dalam norma baharu dengan meriah,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan berbentuk barangan makanan asas dan barangan perlindungan diri COVID 19 itu diadakan di Persatuan Persaudaraan Kristian Melaka, Batu Berendam.

Pada masa sama, Persatuan Persaudaraan Kristian Melaka turut mendaftar dengan KITARecycle iaitu program kitar semula oleh SWM Environment yang menawarkan mata ganjaran kepada ahlinya.

Mata ganjaran diperolehi boleh ditukar kepada bentuk wang tunai melalui pemindahan dalam talian terus ke dalam akaun bank ahli KITARecycle.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program KITARecycle boleh melayari laman web www.kitarecycle.com dan mendaftar terus secara percuma

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *