UTEM TEROKA PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN JENTERA

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerokai penyelidikan membangunkan jentera berat bagi penyelenggaraan loji penapisan minyak dan gas bertaraf global.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, projek ini menjadi salah satu pencapaian berprestij UTeM.

Menurutnya, kepercayaan diberikan bagi menjayakan projek berperanan besar seumpama ini sesuatu yang sangat dibanggakan.

“Penyelidikan ini merupakan perkongsian kepakaran oleh kumpulan penyelidik UTeM bersama syarikat HRSB Holdings Sdn. Bhd. yang telah dimeterai Memorandum Perjanjian (MoA) baru-baru ini.

“Ia dibiayai menerusi peruntukan geran sepadan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bernilai RM400 ribu yang mana sejumlah RM200 ribu dibiayai daripada HRSB Holdings dan RM200 ribu daripada UTeM,” katanya.

Jelasnya, produk penyelidikan diberi nama ‘Extendable Bundle Puller’ ini berfungsi mengeluarkan tiub dalam sistem penyejukan loji yang perlu diselenggara secara berkala untuk memoptimumkan operasi sistem sesebuah loji penapisan minyak dan gas.

“Sebelum ini, pihak HRSB Holdings Sdn. Bhd. membeli produk tersebut daripada luar negara untuk menjalankan kerja penyelanggaraan di loji penapisan minyak dan gas.

“Kini pihaknya memberikan kepercayaan kepada kumpulan penyelidik UTeM bagi membangunkan sendiri dan secara tidak langsung dapat memajukan industri jentera berat untuk penyelenggaraan loji penapisan minyak dan gas dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

 Tambahnya, projek ini akan mengambil masa kira-kira 18 bulan oleh kumpulan penyelidik UTeM dari Pusat Penyelidikan Termaju (AMC) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).

“Misi penyelidikan berimpak dunia yang membuka dimensi baru bagi jentera berat penyelenggaraan loji penapisan minyak dan gas ini ini diketuai oleh ketua penyelidik Ir Dr Mohd Shukri Yob bersama ahli kumpulan penyelidik berpengalaman UTeM.

“Saya meletakkan harapan dan keyakinan pasukan penyelidik UTeM dapat menzahirkan kepakaran dimiliki bagi merealisasikan kejayaan projek ini,” katanya.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *