TELOK MAS – Ziarah Kasih dan Cerita Rakyat Dun Telok Mas menjadi platform kepada ADUN Telok Mas, Datuk Noor Affendi Ahmad mendekati masyarakat dalam dun itu.
Menurutnya, pendekatan dilakukan sangat penting untuk melihat dan mendengar sendiri permasalahan dihadapi rakyat.
“Hari ini saya berkesempatan bertemu beberapa orang penduduk dalam dun ini termasuklah Ustazah Khadijah Ahmad yang cukup dikenali di sekitar Pernu kerana ilmu dan kasihnya terhadap Al-Quran.
“Menarik mengenainya, dalam usia 72 tahun, Ustazah Khadijah masih mampu mengajar mengaji di waktu pagi dan selepas Asar.
“ Waktu muda dahulu, beliau pernah menjadi juara Musabaqah Al-Qur’an peringkat negeri Melaka dan beberapa kali mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan,” katanya.
Jelas Noor Affendi, beliau juga sempat memenuhi permintaanya untuk membacakan Al-Fatihah dengan kaedah yang betul secara berlagu.
“Memang merdu dan cukup segala tajwid dan sifatnya. Doa beliau untuk saya amatlah dihargai dan saya sungguh terharu. Berkat bacaan dan kecintaan menebal beliau kepada kitab suci, moga Tuhan makbulkannya.
“Awal-awal saya datang secara tak sengaja dia sebut, ‘YB Menteri datang ni, terima kasih banyak.’ Kami semuanya ketawa tapi cepat-cepat dia aminkan,” cerita Fendi di laman sosial facebook miliknya.
Tambah Noor Affendi, Ustazah Khadijah sangat istimewanya kerana dalam usianya kini, dia matanya masih cerah dan tiada masalah untuk membaca Al-Quran dan giginya juga masih tersusun rapi.
“Saya semlat bergurau sambil bertanya, gigi ni semua asli ke palsu mkcik?’ Dalam ketawa malu dia menjawab, ‘ Alhamdulillah semua yang asal,” ujarnya lagi.