BANDAR HILIR – Melaka Weekly Fun Ride bersama Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat.
Menerusi penganjuran di Parlimen Kota Melaka, kira-kira 150 peserta telah mengambil bahagian.
Perjalanan bermula di Kota A Famosa Banda Hilir, Bukit Senjuang menuju ke Ujong Pasir dan berakhir di pasar pagi, Pekan Telok Mas.
Program turut disertai Adun Telok Mas, Datuk Noor Affendi Ahmad.
Menurut beliau, meskipun lebih 20 tahun tidak berbasikal, namun beliau berbangga kerana berjaya menamatkan kayuhan sejauh 10 kilometer.
“Aktiviti seumpam ini adalah platform terbaik untuk meningkatkan gaya hidup sihat. Semoga peserta mendapat manfaat dan ia juga mendekatkan lagi pemimpin bersama masyarakat,” katanya.
Sumber : FB Fendi Ahmad