MELAKA CATAT 969 KES POSITIF SEHINGGA 29 DISEMBER MASYARAKAT DIMINTA TERUS PATUHI SOP

Oleh: MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Melaka telah mencatatkan 969 kes positif sehingga semalam.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata,
kes tersebut membabitkan jumlah kematian seramai 6 orang, iaitu 0.6% daripada jumlah kes keseluruhan.

“Manakala, sebanyak 641 kes telah sembuh dengan peratus kesembuhan sebanyak 66.2%,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Rahmad, negeri ini turut mencatatkan peningkatan kes import B (punca jangkitan dari luar negeri Melaka) iaitu dari 8 kes pada bulan November kepada 25 kes dari 1 hingga 29 Disember 2020.

“Kebanyakan dari kes ini merupakan kontak kepada kes positif di negeri lain dan telah dikenalpasti membawa jangkitan kepada ahli keluarga dan komuniti iaitu sebanyak 14 kes di Melaka.

“Data ini tidak termasuk kes import B dari saringan banduan / OKT di institusi tahanan di Melaka.

“Berdasarkan penilaian kerajaan, pergerakan aktif masyarakat di dalam Malaysia meningkatkan risiko transmisi dalam komuniti, terutamanya apabila masyarakat leka dan tidak mengendahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Jelasnya, penularan wabak COVID-19 akan berterusan selagi vaksin COVID-19 yang berkesan dan selamat untuk digunakan belum ada.

“Walaupun kerajaan mengumumkan kelonggaran dengan membenarkan kembali pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara, bermula 7 Disember termasuk kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masyarakat perlu mempunyai tahap kesedaran tinggi dalam pematuhan SOP telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, kebenaran itu terkecuali untuk mereka yang tinggal dikawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Justeru, bagi menghadapi situasi penularan COVID-19 semakin meningkat di negeri ini, khususnya melibatkan kes import B, masyarakat dinasihatkan agar:

  1. MENANGGUHKAN aktiviti merentas negeri dari kawasan berisiko jika bergejala.
  2. Sebarang pertemuan yang tidak penting PERLU DIELAKKAN.
  3. Sekiranya terdapat individu yang bergejala dan berasal dari kawasan berisiko, (redzones/PKPB/PKPD) anda DIWAJIBKAN agar menjalani saringan di fasiliti kesihatan atau hubungi bilik gerakan daerah untuk penilaian risiko dengan KADAR SEGERA.
  4. Mohon SELF QUARANTINE dahulu sebelum saringan dijalankan.
  5. MOHON PATUH kepada arahan kuarantin yang dikeluarkan setelah saringan dijalankan.
  6. Masyarakat juga dimohon supaya TIDAK MENYIMPAN ATAU MERAHSIAKAN sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif COVID￾19 atau maklumat dari kawasan berisiko daripada pihak berkuasa.
Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *