PENGHUNI RUMAH CONDONG RAYU PENYELESAIAN

MALIM – Isu rumah condong di Taman Malim Permai di sini mendapat perhatian Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghaffar Atan.

Menerusi lawatan beliau ke kawasan kejadian, dilaporkan sebanyak 24 rumah terjejas dan menyebabkan penghuninya dilanda ketakutan.

Menurut Abdul Ghaffar menerusi laman sosial facebook miliknya, pembeli rumah tersebut merayu agar kerajaan negeri dapat mencari penyelesaian terhadap masalah itu.

”Pembeli merayu memindahkan mereka terlibat dengan masalah rumah condong ini ke rumah baru atau rumah gantian lain.

”Kesemua mereka tidak duduk di sini kerana bimbang berlaku perkara tak diingini. Justeru, perbincangan dibuat dan kita akan cuba membantu yang terbaik bagi meringankan beban penghuni terlibat,” katanya.

Turut serta pada lawatan berkenaan, Pengerusi Penyelaras Japerun Kesidang, Mohd Sharif Daud, Penghulu Kawasan, wakil Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Pengerusi JPKK Malim Jaya.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *