PPEM PRIHATIN NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN

Oleh : Marina Sahabudin

AYER KEROH – Sejumlah RM30,000 diperuntukkan menerusi program Sumbangan Ikhlas dan Bantuan Prihatin anjuran Pertubuhan Perpaduan Ekonomi Malaysia (PPEM).

Pengerusinya, Datuk Sri Jamal Sheikh Mohamad berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil sumbangan NGO dan inidividu yang bermurah hati membantu golongan sasar.

Menurutnya, inisiatif dijalankan sangat tepat lebih-lebih pada musim pandemik Covid19 ini.

“Saya berbangga kerana masih ramai pihak prihatin terhadap nasib menimpa masyarakat di negeri ini.

“Sedikit sebanyak, ia telah meringankan golongan kurang bernasib baik khususnya untuk membeli barangan keperluan makanan,” katanya kepada Melakafirst.

Pada majlis tersebut, seramai 150 asnaf, golongan kurang upaya (OKU), warga emas dan lain-lain telah mendapat manfaat.

Turut hadir menjayakan majlis penyampaian sumbangan Datuk Paduka Seri Hasnizal Hassan, wakil pasaraya Mydin, Sivalingam
A/l Ramakirishnan serta Pengerusi GTSB Holding Sdn Bhd, Datuk Haron Mohd Don.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *